
Disusun dengan surah-surah pilihan untuk membantu anda memahami mesej Al-Quran secara berperingkat dan tidak terbeban.

Setiap helaian menyediakan ruang khas untuk menulis refleksi, perasaan dan pengajaran daripada ayat yang dibaca.

Direka untuk penggunaan harian agar amalan membaca dan memahami Al-Quran dapat dilakukan secara konsisten.

Mengandungi panduan doa dan amalan yang membantu menenangkan jiwa serta menguatkan hubungan dengan Allah.

Membantu anda meluangkan masa berkualiti bersama Al-Quran sebagai terapi rohani dan self-healing.

Mudah digunakan oleh pelajar, pekerja, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang ingin kembali dekat dengan Al-Quran.
Setiap pembelian My Quran Journal membantu anda meluangkan masa bersama Al-Quran dan membina hubungan yang lebih dekat dengan Kalam Allah melalui bacaan, refleksi dan muhasabah harian.
My Quran Journal sesuai untuk remaja dan dewasa yang rasa hati jauh dari Al-Quran, baru nak kenal agama Islam, atau pernah “on-off” dalam amalan tetapi mahu mula semula dengan cara yang lebih teratur.
Sesuai. My Quran Journal tidak hanya fokus pada bacaan, tetapi pada tadabbur ringkas, refleksi diri dan catatan hati. Anda boleh gunakan terjemahan dan penjelasan mudah sambil perlahan-lahan memperbaiki bacaan.
Buku nota biasa hanya tempat menulis. My Quran Journal sudah disusun dengan bahagian tadabbur, soalan refleksi, ruang doa, cabaran ibadah dan checklist, supaya setiap halaman memandu hati untuk lebih dekat dengan Al-Quran, bukan menulis tanpa arah.
Disaran guna setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu. Ambil 10–20 minit untuk baca ayat, faham maksud ringkas, kemudian tulis refleksi dan doa yang berkaitan dengan keadaan hidup anda.
Boleh. Melalui tadabbur surah terpilih, nota ringkas serta soalan muhasabah, pengguna akan lebih faham tujuan hidup sebagai Muslim, nilai-nilai dalam Islam, dan bagaimana mengamalkannya dalam rutin harian.
Ya. Susun atur yang ringkas, visual yang menarik, serta cabaran kecil seperti puasa sunat dan checklist amalan membuatkan pengguna lebih mudah kekal konsisten kerana ada panduan langkah demi langkah, bukan sekadar teori.
Sangat sesuai. Jurnal ini boleh menjadi hadiah bermakna untuk sahabat, pasangan atau ahli keluarga yang sedang mencari ketenangan jiwa, mahu kembali rapat dengan Al-Quran, atau baru mula belajar mengenali agama Islam.